Sunday, October 9, 2011

PENGENALAN SYARIKAT

Nature Broadcasting Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat penyiaran televisyen yang memberi peluang kepada penonton untuk mengenali alam sekitar, haiwan dan tumbuhan dengan lebih mendalam. Syarikat ini ditubuhkan pada 1 Ogos 2000, dan mula mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sejurus selepas hari pertama saluran syarikat ini dikeudarakan.

Menerusi saluran Zon Alam kami, kami menyampaikan mesej cinta alam kepada para penonton. Rancangan-rancangan yang disiarkan oleh pihak kami adalah berunsurkan dokumentari dan pendidikan yang berasaskan alam flora dan fauna serta fenomena alam semula jadi. Pelbagai rancangan yang mampu menarik minat segenap lapisan masyarakat membolehkan pihak syarikat kami memperoleh purata 15 peratus penonton yang menjadikan saluran ini sebagai saluran pilihan mereka. Hal ini bermaksud sekitar setiap seorang daripada enam orang rakyat Malaysia merupakan penonton saluran kami.

Syarikat kami bermatlamat untuk mendidik masyarakat lebih menghargai alam semula jadi dan menjaganya. Oleh itu, kami berharap agar penonton menjadikan saluran Zon Alam sabagai media utama untuk mendapat informasi terkini mengenai alam sekitar. Cintai Alam, Nilai Ketamadunan Generasi merupakan motto syarikat yang tersemat dalam hati ahli-ahli yang menyokong kami. Hal ini demikian kerana kami berpendapat bahawa ketamadunan sesuatu bangsa bukan berpaksikan kepada infrastruktur semata-mata. Akan tetapi lebih kepada nilai menghargai alam semula jadi.

Oleh yang demikian, kami menanamkan azam agar syarikat kami akan menjadi lebih maju ke depan dan lebih progresif dengan rancangan-rancangan yang lebih fleksibel dan menarik. Semoga penonton tetap menjadikan saluran kami sebagai pilihan utama dan terus menyokong kami.

No comments:

Post a Comment