Sunday, October 9, 2011

PENGENALAN SYARIKAT

Nature Broadcasting Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat penyiaran televisyen yang memberi peluang kepada penonton untuk mengenali alam sekitar, haiwan dan tumbuhan dengan lebih mendalam. Syarikat ini ditubuhkan pada 1 Ogos 2000, dan mula mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sejurus selepas hari pertama saluran syarikat ini dikeudarakan.

Menerusi saluran Zon Alam kami, kami menyampaikan mesej cinta alam kepada para penonton. Rancangan-rancangan yang disiarkan oleh pihak kami adalah berunsurkan dokumentari dan pendidikan yang berasaskan alam flora dan fauna serta fenomena alam semula jadi. Pelbagai rancangan yang mampu menarik minat segenap lapisan masyarakat membolehkan pihak syarikat kami memperoleh purata 15 peratus penonton yang menjadikan saluran ini sebagai saluran pilihan mereka. Hal ini bermaksud sekitar setiap seorang daripada enam orang rakyat Malaysia merupakan penonton saluran kami.

Syarikat kami bermatlamat untuk mendidik masyarakat lebih menghargai alam semula jadi dan menjaganya. Oleh itu, kami berharap agar penonton menjadikan saluran Zon Alam sabagai media utama untuk mendapat informasi terkini mengenai alam sekitar. Cintai Alam, Nilai Ketamadunan Generasi merupakan motto syarikat yang tersemat dalam hati ahli-ahli yang menyokong kami. Hal ini demikian kerana kami berpendapat bahawa ketamadunan sesuatu bangsa bukan berpaksikan kepada infrastruktur semata-mata. Akan tetapi lebih kepada nilai menghargai alam semula jadi.

Oleh yang demikian, kami menanamkan azam agar syarikat kami akan menjadi lebih maju ke depan dan lebih progresif dengan rancangan-rancangan yang lebih fleksibel dan menarik. Semoga penonton tetap menjadikan saluran kami sebagai pilihan utama dan terus menyokong kami.

MOTO, VISI, MISI DAN OBJEKTIF

MOTO
Cintai Alam, Nilai Ketamadunan Generasi
 
VISI
Menjadi pilihan utama umum media informasi alam semula jadi


MISI
Memberi liputan terpantas isu alam semula jadi
Menyediakan informasi yang menyeluruh mengenai alam semula jadi
Memaparkan program pendidikan berkaitan flora dan fauna
Mempromosikan kempen-kempen cinta alam
Menyiarkan rancangan kanak-kanak berunsur haiwan dan tumbuhan

OBJEKTIF
Menyemai perasaan cinta akan alam semula jadi kepada umum
Menanam nilai menghargai alam sekitar
Mengajak masyarakat memelihara dan memulihara alam sekitar
Mendidik generasi baru yang terdidik dengan minda yang positif
Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan mengenai alam semula jadi

DEFINISI LOGO



Huruf N dan B : Singkatan nama syarikat iaitu Nature Broadcast Sdn. Bhd.
Simbol Bumi : Melambangkan alam semula jadi
Warna hijau : Warna yang melambangkan sumber alam dan tumbuhan



Gambar Merpati : Haiwan yang ideal dengan symbol kebebasan
Huruf Z.A. : Singkatan nama saluran televisyen Zon Alam
Warna biru : Warna yang melambangkan sumber air yang menjadi keperluan

RANCANGAN MENARIK

EKSKLUSIF DI ZON ALAM
 
NATURES SONG, Setiap hari, 7.00 pagi.
Mendendangkan alunan muzik yang harmoni, sentimental dan segar.
 
NATIONAL GEOGRAPHY, Isnin hingga Jumaat, 10.00 malam
Memberi pendedahan eksklusif mengenai pelbagai perkara yang berkaitan alam sekitar
 
EXTRAORDINARY PHENOMENON, Isnin, 9.00 malam
Menampilkan himpunan fenomena-fenomena alam yang luar biasa.
 
HAIWAN DAN LEGENDA, Rabu, 7.00 malam
Menyiarkan dokumentari dan kisah-kisah haiwan yang terdapat di dalam legenda dan sejarah.
 

DECORATE YOURSELF, Sabtu, 3.00 petang
Program yang memberi idea dan peluang penonton mempelajari teknik menghias halaman rumah menjadi taman yang menarik.
 
MY PET, Jumaat, 9.00 malam
Sebuah rancangan perkongsian tentang haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab dan lain-lain.
 
SATURDAY NIGHT MOVIE, Sabtu, 10.00 malam
Mempersembahkan tayangan filem –filem yang mengetengahkan kehidupan haiwan dan keindahan tumbuhan.
 
WICKED SUNDAY, Ahad, 10.00 malam
Mengisi malam Ahad anda dengan menampilkan filem-filem seram yang berkaitan dengan alam.

CARTA ORGANISASI DAN PETA LOKASI

CARTA ORGANISASI



PETA LOKASI